(10 Gambar) Tahniah, Sekitar Majlis Pertunangan Hafiz Hamidun Dengan Pengasas Kosmetik
Tahniah diucapkan kepada Hafiz Hamidun,30, kerana telah selamat mengikat tali pertunangan bersama seorang pengasas kosmetik, MERVE, Siti Arifah Amin atau lebih dikenali sebagai Joy Revfa Sofea. Majlis diadakan di The Vanue Shah Alam pada jam 3.20 petang tadi dan adat menyarung cincin pertunangan telah disempurnakan oleh ibu Hafiz, Laila Sarji.
Menurut Hafiz lagi, majlis pernikahannya bersama Joy akan berlangsung pada 1 Mei depan di Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam. Pihak lelaki telah menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh. Hafiz berkata pada MStar Online, dia hanya mengambil masa empat minggu untuk mengenali Joy dan yakin Joy adalah suri hati buatnya.
Terdahulu Joy, 30, pernah mendirikan rumahtangga bersama seorang usahawan dan dikurniakan seorang cahayamata lelaki berusia tiga tahun bernama Arryan Firdaus.
Kredit : artismalaysiaofficial










Tiada ulasan: