Kapten Izham Ismail Dilantik CEO Kumpulan Baharu Malaysia Airlines Berhad (MAB)

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Malaysia Airlines Berhad, Kapten Izham Ismail hari ini telah diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Baharu MAB berkuat serta merta. Beliau yang turut dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan akan memulakan tugasnya pada 1 Disember 2017.
Menurut MAB, bagi memastikan proses peralihan ini berjalan lancar, Jawatankuasa Eksekutif Lembaga akan ditubuhkan untuk tempoh enam bulan. Pelantikan Izham sejajar dengan pelan penggantian yang telah digariskan MAB sebagai sebahagian daripada Pelan Pemulihan 12 Perkara MAS (MRP), yang disediakan bagi pembangunan dan penggantian bakat kepimpinan Malaysia.
Jawatankuasa ini akan diketuai oleh Pengerusi Tan Sri Md Nor Yusof, bersama ahli-ahli lembaga pengarah Tan Sri Krishnan Tan Boon Seng, Tan Sri Zamzamzairani Isa dan Sheranjiv Sammanthan.
Tambah MAB lagi, Izham telah memainkan peranan yang penting kepada usaha pemulihan berterusan syarikat penerbangan itu. Sebagai COO, beliau bertanggungjawab dalam bahagian operasi, termasuk operasi penerbangan, lapangan terbang serta kejuruteraan.
Selain itu,dengan pengalamannya selama 38 tahun dalam penerbangan, Izham akan mengetuai penyusunan semula bahagian kejuruteraan bagi operasi yang lebih cekap dan lancar, serta bertanggungjawab bagi inisiatif penjimatan bahan api syarikat penerbangan itu.
Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MASwings, syarikat sekutu Malaysia Airlines di Sabah dan Sarawak.
Sementara itu, Peter Bellew yang akan berpindah ke Ryanair diletakkan di bawah cuti pentadbiran.

Tiada ulasan: