(VIDEO) Tanah Runtuh di Tanjung Bungah, 15 Buruh Binaan Tertimbus

15 buruh binaan di sebuah tapak projek pembinaan di Tanjung Bungah, Pulau Pinang di sini dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh.
Ketika kejadian berlaku kira-kira pukul 8.50 pagi tadi, kesemua mereka sedang bekerja di tapak pembinaan berhampiran lereng bukit sebelum ditimpa tanah runtuh dari kecerunan kira-kira 10 meter.
Mohamad Bachu, 30, pekerja warga Bangladesh di tapak projek pembinaan berkenaan berkata, ketika kejadian berlaku dia sedang mengalihkan beberapa batang besi sebelum secara tiba-tiba berlaku tanah runtuh di belakang tapak projek berkenaan.
Menurutnya, dia terselamat kerana hanya berada beberapa meter daripada tanah runtuh namun nasib abangnya yang dikenali sebagai Nur Alam, 35, yang turut bekerja di tapak binaan sama belum diketahui.
“Saya beredar dari tapak projek untuk mengambil besi dan selang seminit selepas itu tanah tiba-tiba runtuh.
“Ketika kejadian terdapat kira-kira 20 pekerja lain termasuk abang saya dan kesemua mereka tidak sempat menyelamatkan diri,” katanya kepada wartawan Utusan Online.
Sumber : Utusan Online
Tiada ulasan: